Monday, March 18, 2013

MEE BULAT(MUSLIM PRODUK)

Mee Bulat (Iman Produk)
 RM4 + Pos RM6 (Sabah, Sarawak + RM10)

Keistimewaan:

Produk Muslim,
Bersih dan Suci,
Yakin HALAL.

Ramuan:
Tepung gandum,garam,kondisionar dan pewarna makanan dibenarkan.

Cara Penyediaan:
1. Masukkan Mee ke dalam periuk.
2. Didihkan selama 5 minit.
3. Toskan dan sedia untuk dimasak.

Berat Bersih:
500g

RESEPI MEE GORENG SEDAP

Bahan-bahan
  • 1 bungkus mee bulat yang telah dicelur
  • 1 cwn udang basah
  • 1 cwn daging/ daging hancur
  • 2 sb sos tiram ATAU sos Ikan
  • 2 sb sos tomato
  • 3 sb sos cili
  • 2 sb kicap pekat
  • 1 biji tomato belah 6
  • taugeh dan sawi secukupnya
  • garam dan sedikit gula
  • minyak utk menumis
Bahan di kisar
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu besar udang kering
Cara-cara
  1. Kisar bawang putih, bawang merah dan udang kering sehingga halus.
  2. Panaskan minyak & tumis bahan2 yg di kisar tadi hingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan goreng lagi.
  3. Bila cili dah masak, masukkan daging hancur dan gaul sebati, masukkan udang,biar dalam 3 minit & masukkan sos tiram/sos ikan,sos cili, sos tomato dan kicap.Tambah garam dan gula jika perlu.
  4. Masukkan mee & gaul rata,masukkan sawi dan tomato, biarkan dalam 5 minit. Masukkan taugeh dan gaulkan biar rata.
  5. Bila rasa dah ok, matikan api dan bolehlah dihidang dan dihias dengan daun bawang/sup,cili dan hirisan limau kasturi. 







No comments:

Post a Comment